Nuffnang ads

Wednesday, August 10, 2016

Pokemon Go, apa yang masyarakat patut tahu.




Q & A Pokemon Go.
1. Dapat ke duit main Pokemon Go ni? 💰
Dik, masa nampak pokemon trainer tengah lepak dekat pokestop tegurlah dia orang. Break the ice. Berbual-bual sikit, lepas tu bagilah business card. Manalah tahu mereka ni nak cari kuih talam ke, medical card tak pun unit trust lepas jumpa pokemon.
2. Pokemon agenda yahudi? 🎌
Dik, vaksin awak kata agenda Yahudi, pokemon pun awak kata agenda Yahudi. Dik, pokemon ni orang Jepun yang create. Facebook barulah ciptaan orang Yahudi. Dinusantara ni dik kalau sebut Yahudi je ramai jadi mengelupur, dulu Upin Ipin ada orang cakap agenda Yahudi. U & I dibaju mewakili USA & Israel. Pokemon bermaksud saya Yahudi. Oppa gangnam bermaksud saya Yahudi. Digimon bermaksud saya Yahudi. Agak-agak logik tak dik? Yuna pun orang cakap ejen Yahudi.
3. Kemalangan akibat Pokemon Go?
Dik, masa start up menu loadingkan siang-siang lagi developer nasihatkan jangan memandu ketika bermain Pokemon Go. Dah tu kenapa degil?
4. Ada kes pencerobohan akibat bermain Pokemon Go?
Dik, lagi sekali developer nasihat "please do not trespassing". Yang awak masuk kawasan orang lain tu dah kenapa? kang kena tembak tak pasal-pasal.
5. Pokemon Go memudaratkan? 🚮
Dik, apa-apa game kalau awak main sampai tak ingat dunia pasti memudaratkan. Waima tetris, game ala-ala susun batu bata masa abang darjah satu dulu. Golongan macam ni dik kena dengar nasihat Mufti KL, jauhilah dari sebarang game.
6. Siapa yang menang Perisai Sumbangsih semalam? 🏆
Dik, menyu dik. Pasukan paling banyak menang piala dekat England. Dah jangan banyak cerita, apa lagi nak tanya. Lepas ni nak kalahkan Barcelona, baru setanding liberpul.
7. Ramai ke anak jati yang main semalam? 
Dik, rasa macam nak sumbat mulut adik dengan beras jati. Tak mengapa dik, abang jawab secara rasional. Kalau awak nak bercerita pasal anak jati, masa Euro yang sudah Switzeland pakai berapa kerat je anak jati. Dah dik, abang harap adik jangan otak segitiga sangat lepas ni.

8. Apa pandangan abang tentang...
Dahla dik, asyik tanya je. Promola bisnes abang sikit. Abang jual madu, minyak zaitun, black seed, jubah dan barang haji. Suruh dia orang whatsapp ke p.m abang, atau p.m Souq al Hana. Barang kesihatan tempatan pun ada jual dengan murah dekat Husna Online Shop. Kalau nak rempah mee bandung likes Rempah KITA.
#PokemonGo vs #BaniMelayu

Sunday, April 17, 2016

Terminate akaun Astro kurang dari 24 Jam dengan cara paling murah!

Pakai wifi Johor pun takpa!

Lintah yang berbentuk decoder! itulah saya ibaratkan All-Asian Satellite Television and Radio Operator (Astro). Kalau bukan kerana diri ini peminat Menyu yang tegar, tak ingin melanggan Astro. Cerita yang berulang-ulang, iklan yang menjela-jela dan harga yang tak berpatutan.  Nasib meyebelahi kami, apabila kami mendapat solusi untuk menonton cerita-cerita dan perlawanan bola sepak tanpa Astro. InshaAllah saya akan dikongsikan dalam entry yang akan datang (kalau rajinlah). 

Ok! berbalik kepada tajuk yang gempaq diatas ^ Contract kami dengan Astro berakhir pada 28/12/2015. Keesokan malamnya kami sekeluarga ke Astro center di BP Mall. Ini langkah yang penting sebenarnya! selalunya time dah nak tutup staff customer service Astro dalam keadaan paling vulnerable. Samada mereka nak cepat balik atau keletihan melayan pelanggan. 

Seperti semua sedia maklum, nak "tutup" Astro ni bukan mudah. Pihak Astro akan menggunakan segala daya mereka untuk memujuk pelanggan agar tidak menamatkan perkhidmatan. Jika gagal, mereka akan menggunakan T&C teragung mereka, para pelanggan hendaklah memberi notis pemberitahuan selama sebulan! Dahlah dapat duit kita sebulan lagi, pada masa sama mereka akan mengarahkan telesales mereka untuk memujuk kita kembali dalam tempoh sebulan tu. 

Bersambung kembali kepada perenggan kedua, staff Astro tersebut seakan - akan menyerah diri apabila kami berkeras tak mahu menunggu tempoh 30 hari. "Macam ni lah, akak hantar email kepada Astro cakap nak tutup immediately." 

Sahadannya, jika awak orang bukak website Astro sila scroll sampai bawah :


Kalau budak sekolah Sains histeria apabila mereka nampak kelibat pocong, sama la juga dengan Astro. Ni la pocong yang menakutkan pada dia orang!  Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia ditubuhkan oleh SKMM (MCMC) bagi menjaga hak pengguna di Malaysia.


Bercukurlah Malaysia masih aman bahagia! So awak orang boleh merujuk kepada CFM jika ada aduan mengenai perkhidmatan telekomunikasi & multimedia. Bersambung kepada email yang dihantar oleh isteri saya. Kebijaksanaan beliau memang tidak disangkal lagi, maklumlah pernah bergelar Pelajar Terbaik Bumiputra di UPM satu ketika dahulu. Ini contoh emailnya serta draft yang mungkin awak orang boleh copy. Jangan risau tak ada copyright! 


Email ni kalau tak silap di send dalam pukul 12.30 malam. Punyalah bersungguh-sungguh nak tutup akaun Astro macam dah takda siang esoknya. Ayatnya simple je dalam membantah notis sebulan tu, tapi yang penting adalah email tu isteri saya cc dekat siapa? 




Email tu di cc kepada cfm. Lebih kurang pukul 3.30 petang pihak we care Astro call memaklumkan pihak Astro menerima email dan bersetuju untuk membenarkan kami menutup akaun dengan kadar segera. So, kami cuma membayar extra dua hari sahaja dari tarikh contract expired. Sekian, Terima Kasih.

p/s: Selang beberapa minggu pihak telesales Astro ada menelefon kami berdua. Menawarkan perkhidmatan langgan Astro percuma semua siaran sehingga April. "Decoder ada lagikan Encik? Just onkan je. Kami bagi percuma semua siaran kecuali Astro First & Best. Sampai bulan April. Lepas tu Encik nak tutup, tutuplah." Ingat aku nak percaya janji - janji manismu!!" (cakap dalam hati je)

Tak payah buang masa, bil telefon or prepaid. Email via Johor Wifi pun boleh!!!

Bapa Selfie Nusantara





Rujukan:

http://cfm.org.my

http://www.consumerinfo.my

http://www.astro.com.my 

https://www.facebook.com/consumer.forum.malaysia 

http://www.skmm.gov.my/

https://en.wikipedia.org/wiki/Main_Page